Friday, June 10, 2011

Lagenda Alam Melayu - Naga Tasik Cini & Batu Belah Batu Bertangkup oleh Norul

Naga Tasik Cini
A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
Tasik Chini adalah sebuah tasik di Pahang Tengah, Malaysia. Menurut lagenda orang asli suku Jakun yang mendiami pinggiran tasik tersebut, tasik itu didiami satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum. Ceritanya adalah pada suatu masa dahulu, beberapa orang asli telah berjumpa seorang perempuan tua sedang mereka memproses tanah. Perempuan tua itu mengatakan bahawa tanah tersebut adalah miliknya, lalu dia menanamkan tongkatnya dalam tanah untuk mempertahankan hak dan menyuruh mereka untuk jangan mengeluarkannya. Satu hari kemudian, seorang orang asli terkeluarkan tongkat tersebut, dan air mula mengalir keluar dan mengisi daerah tersebut. Naga Seri Gumum lalu dijadikan untuk menjaga daerah tersebut.

B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
Satu pengajaran yang saya memperolehi adalah jangan mengambil hak orang tanpa izin. Satu lagi pengajaran yang saya perolehi adalah selalu mengikut kata orang tua.

C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
The myth of tasik chini. (2002, April 15). http://www.journeymalaysia.com/ML_chini3.htm
Gambar: http://bit.ly/mN91fp

Batu Belah Batu Bertangkup


A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
Pada waktu dahulu, terdapat sebuah gua ajaib yang boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup. Di sebuah kampung berdekatan dengan gua ini, tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyiik bersedih kerana baru kehilangan suami. Suatu hari, dia teringin makan telur ikan tembakul. Dia menyuruh Melur menggoreng telur ikan dan meninggalkannya sedikit untuknya sambil dia ke hutan sementara. Apabila dia pulang, telur ikan semua dimakan anak-anaknya. Dia merajuk, lalu masuk ke gua tersebut.

B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
Satu pengajaran yang saya perolehi adalah jangan terlalu bersedih apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku. Pengajaran kedua yang saya perolehi adalah jangan cepat merajuk.

C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
http://sambas05.blogspot.com/2009/06/batu-belah-batu-betangkup.html
http://aceflashman.files.wordpress.com/2009/11/the-entrance-as-seen-from-inside.jpg

No comments:

Post a Comment