Friday, June 3, 2011

'Lagenda Alam Melayu - Puteri Gunung Ledang oleh Nadiah)'



A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)

Legenda yang berasal dari Melaka ini menceritakan tentang seorang gadis, bernama Puteri Majapahit yang sungguh cantik. Untuk berjumpa dengan lelaki idamannya yang sangat dirindui, beliau bersama pengiringnya menempuh lautan yang luas untuk ke Melaka. Beliau berharap bahawa beliau boleh berjumpa dengan Laksamana Hang Tuah, seorang pahlawan negeri itu. Namun, Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah jatuh cinta kepada beliau kerana kecantikannya. Takut dijumpai, Puteri dan pengiringnya menaiki ke puncak gunung ledang itu lalu menyembunyikan diri. Puteri itu dijumpai oleh pesuruh Sultan lalu disuruh meminang. Puteri itu tetap inginkan Hang Tuah dan sanggup menunggunya. Hang Tuah melarikan diri daripada Melaka kerana berasa malu apabila mendapat tahu bahawa Puteri tidak setuju dengan perminangan itu. Puteri kemudian memberi 7 permintaan yang ganjil untuk menguji cinta Sultan itu, termasuk semangkuk darah putera Sultan. Akhirnya, Sultan tidak dapat berkahwin dengan Puteri kerana tidak sanggup membunuh anaknya.

B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.

1) Pertama, satu pengajaran yang boleh dipelajari ialah jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti dimiliki. Ia akan mendatangkan kerugian kepada seseorang jika dia terlalu berharap akan sesuatu perkara. Sebagai contoh, dalam legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan itu terlalu mengharapkan bahawa beliau dapat berkahwin dengan Puteri itu lalu merancang untuk meminang Puteri itu. Akhirnya, Sultan itu mendapat kerugian dan tidak mengkahwini Puteri itu kerana tidak menepati janji untuk memberi semangkuk darah putera Sultan.

2) Pengajaran kedua yang boleh dipelajari ialah kita tidak harus mudah putus asa dan terus berjuang dalam hidup. Puteri Majapahit tidak putus asa dah terus mencari Hang Tuah kerana cintanya yang amat besar untuk Hang Tuah. Beliau sanggup menunggu Hang Tuah walaupun Hang Tuah tidak tahu siapa beliau.


C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
1) Bahan bacaan
Judul: Legenda Puteri Gunung Ledang
Penulis: Amril Shah
2) Temuramah dengan saudara

No comments:

Post a Comment