Thursday, June 2, 2011

Lagenda Alam Melayu - Badang oleh Nur Nadiah

A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)

Badang adalah seorang pemuda miskin yang berasal dari Sungai Singapura. Dia adalah seorang yang lemah dan kurus, tetapi berangan untuk menjadi kuat. Setiap hari, dia akan menyiapkan jala ikan di sungai untuk menangkap ikan. Pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa ikannya telah dimakan. Dengan perasaan marah, dia bertekad untuk menangkap orang yang telah makan ikannya. Akhirnya, dia mendapati bahawa jin aneh yang telah makan ikannya. Dia terus berdepan dengan jin tersebut untuk memarahinya. Jin tersebut berasa takut dengan Badang dan merayu kepadanya untuk biarkan dia pergi. Badang setuju untuk biarkan jin itu pergi dengan satu syarat. Jin tersebut harus membuat Badang lelaki yang terkuat. Jin itu pula memberitahu Badang bahawa dia harus makan muntahnya jika dia ingin menjadi kuat. Tanpa berlengah-lengah, Badang makan muntah jin tersebut dan akhirnya menjadi kuat.


B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
1. Sebagai manusia, kita tidak harus mudah berputus asa. Badang tidak berputus asa apabila dia ingin menangkap orang yang makan ikannya, dan akhirnya, dia dapat menangkap orang tersebut.

2. Ia tidak salah untuk kita berangan kerana kemungkinan angan-angan tersebut boleh dicapai. Badang berangan untuk menjadi kuat, dan akhirnya angan tersebut dicapai apabila dia memakan muntah jin tersebut.

C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_996_2006-04-05.html

No comments:

Post a Comment