Monday, May 30, 2011

Lagenda Alam Melayu - Pahlawan Melayu oleh Fatin Zafirah



A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)

5 orang Pahlawan Melayu adalah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir. Mereka adalah kawan baik. Mereka bukan orang Melayu tetapi Cina Islam. Mereka belajar silat daripada Aria Putera kerana mereka diserang oleh lanun-lanun dan mahu menjaga keselamatan mereka. Ilmu mereka dalam silat telah membolehkan mereka untuk memberi perlindungan kepada Sultan Melaka dan keluarga Parameswara. Pada suatu hari, ada seseorang yang mengamuk dan Bendahara harus diselamatkan. Merekalah adalah orang-orang yang menyelamatkan Bendahara. Selepas itu, Sultan Melaka telah menjadikan mereka putera-putera raja selepas dia diberitahu bahawa mereka yang menyelamatkan Bendahara . Sultan telah memberi mereka gelaran ‘Hang’.

B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.

Saya telah pelajari bahawa jika kamu menolong orang, kamu pasti akan mendapat ganjaran walaupun kecil atau besar. Ia pasti akan berlaku, walaupun lambat atau cepat. Selain itu, orang juga akan menghormati kamu. Sebagai contoh, 5 orang Pahlawan Melayu telah melawan pengamuk yang menggangu Bendahara. Oleh kerana mereka telah menyelamatkannya, Sultan Melaka telah menjadikan mereka putera-putera raja.

Pelajaran kedua ialah kita patut belajar untuk melindungi diri sendiri. Bendahara beruntung kerana 5 kawan ini dapat menyelamatkan dia. Tanpa mereka, pasti Bendahara akan diserang atau lebih serius, mati. Oleh kerana itu, kita tidak boleh selalu bergantung kepada orang lain untuk apa-apa sahaja.

C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.

Zakaria, S.Z. Pahlawan hang tuah. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Arowana Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment