Thursday, June 2, 2011

Lagenda Alam Melayu - Bawang Putih dan Bawang Merah/Nenek Kebayan oleh Ilya Haider

Gambar



Bawang Putih dan Bawang Merah

Pak Ali dan isterinya Mak Labu tidak boleh mengandung. Akibat itu, Pak Ali berkahwin dengan Mak Kundur. Kemudian, Mak Kundur melahirkan anak perempuan yang diberikan nama Bawang Putih dan yang dilahirkan Mak Labu, Bawang Merah. Suatu hari, Pak Ali bersama Bawang Merah pergi memancing Ikan Sembilang dan Pak Ali mati disengat ikan tersebut. Kehidupan Mak Labu dan anaknya semakin perit dengan sikap cemburu Mak Kundur yang cuba membunuhnya. Mak Kundur menolak Mak Labu jatuh ke dalam perigi dan Mak Labu menjelma menjadi Ikan Kaloi. Mak Kundur menangkap ikan itu lalu memasak dan diberi kepada Bawang Merah. Setelah mengetahui itu, Bawang Merah mengutip tulang ikan itu dan ditanam sehingga tumbuh menjadi sebatang pohon beringing berserta buaian. Pada suatu hari, Bawang Merah leka menyayi atas buaian dan disedari oleh Datuk Hulubalang dan Datuk Panglima. Ini diberitahu kepada raja. raja ingin bertemu dengan Bawang Merah tetapi Bawang Putih menyamar. Akhirnya Raja dapat tahu dan Raja berkahwin dengan Bawang Merah

Pengajaran Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah
Orang yang baik dan bersabar akan mendapat ganjaran berbanding dengan orang yang jahat dan bersombong tidak membawa ganjaran.

Nenek Kebayan
Dua kakak beradik yang dipanggil "Tua" dan "Biak". Kedua orang tua mereka meninggal kerana penyakit sebelum mereka sepuluh tahun. Di kampung terdapat Nenek Kebayan yang mengasuh dua beradik itu. Nenek itu mendidik kedua anak itu bagaimana untuk hidup di hutan. Apabila musim mengetam padi, banyak kejadian ajaib berlaku pada barang yang dikumpul oleh mereka. Barang-barang seperti padi dan daging ayam berkali ganda.Nenek kebayan juga meberitahu mereka untuk bersyukur pada alam.Adik-beradik itu membesar dan mejadi gadis-gadis yang berbaik pada alam.

Pengajaran Cerita Nenek Kebayan

Pengajaran daripada orang tua yang paling berharga.

No comments:

Post a Comment