Thursday, April 28, 2011

Pilihanraya 2011 - pengalaman saya


Para pelajar arif budiman,

Pada hujung minggu ini, bahang pilihanraya semakin terasa. Ada baiknya kita menggunakan peluang ini untuk mengalami apa yang katakan pilihanraya. Ada tugasan yang perlu dilakukan. Sila luangkan masa untuk mengikuti acara-acara pilihanraya bagi mana-mana parti yang kamu inginkan.

Tugasan A

1. Kamu boleh menghadiri 'rally' secara fizikal. Bagi tugasan ini, sila pastikan kamu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa kamu.

ATAU

2. Kamu boleh melungsuri lelaman internet untuk mengikuti apa yang dibincangkan dalam sesi 'rally' yang diadakan.


Tugasan B

1. Berikan komen-komen kamu pada soalan-soalan ini.
Soalan 1 : Apakah yang kamu lihat dalam acara 'rally' tersebut?
Soalan 2 : Apakah reaksi para penonton pada ketika itu?
Soalan 3 : Apakah yang kamu rasa apabila mengikuti 'rally' tersebut?
Soalan 4 : Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti?



2. Letakkan komen-komen kamu di ruang 'Comment' di bawah entri. Kamu diberikan hingga Khamis, 5 Mei 2011.

Salam mesra

Cikgu Azizah.Ahmad

3 comments:

  1. 1. Saya dapat lihat ramai penyokong parti pembangkang di 'rally' tersebut. Terdapat juga beberapa ahli SDP yang menjual beberapa barangan SDP seperti majalah dan mereka menghulurkan sticker yang menyatakan 'Kata tidak kepada 10% GST' kepada orang-orang yang pergi ke 'rally' tersebut.

    2. Para penonton menyokong dengan bersorak dan bersiul apabila ahli SDP menyatakan tentang perkara yang akan mereka lakukan untuk mengawal isu-isu yang membebankan rakyat Singapura. Selain daripada itu, mereka juga mengejek apabila ahli SDP menyentuh tentang PAP.

    3. Saya rasa gembira kerana saya telah meningkatkan pengetahuan saya tentang politik dan saya dapat mengalami acara 'rally' secara live buat kali pertama. Pada masa itu, saya juga rasa tidak sabar kerana saya ingin mendengar apa yang dikatakan oleh ahli SDP.

    4. Daripada aktiviti ini, saya telah pelajari bahawa kita tidak sepatutnya serkap jarang. Kita harus melihat kebaikan dan keburukan kedua-dua pihak sebelum membuat pilihan yang boleh mengubah seluruh masa hadapan kita.

    ReplyDelete
  2. 1. Parti-Parti yang sedang memberi acara sedang diperhatikan para penyokong yang menghormati mereka, dan kebanyakan tepukan tangan didengari apabila setiap kali acara itu telah menyatakan tentang sesuatu yang memanfaatkan penyokong.

    2. Mereka amat kelihatan gembira kebanyakannya, ada yang memberi sokongan dengan tepukan dan sebagainya.

    3. Keadaannya begitu heboh dan riuh, yang amat menggembirakan, walaupun kita tidak boleh mengundi, tetapi tentu membawa kesan kepada semua.

    4. Walaupun kita tidak boleh mengundi, kita patut mendapat tahu tentang aktiviti-aktiviti terkini kerana ini boleh membawa pendapat yang lebih matang kepada kita dan banyak perangai dan perbuatan pengacara boleh dipelajari untuk dibuat di sekolah.

    ReplyDelete
  3. 1) Stadium itu sesak dengan orang dan para pembicara tidak dapat dilihat atau didengar.

    2) Ada para penonton yang mengepuk tangan mereka untuk menunjuk mereka menyokong parti itu. Ada yang membeli ais krim dan air dari gerai-gerai begerak yang ada di luar stadium itu. Juga terdapat para penonton yang ghairah dan mereka memekik slogan setiap 10 minit 'or so'. Mereka juga memekik dalam bahasa lain.

    3) Ia memenatkan kerana harus diri untuk lebih kurang 2 jam dan tiada 'phone reception' di stadium itu. Para penonton yang memekik slogan itu membisingkan.

    4) Acara yang terdapat ramai orang memenatkan. Juga ada calon yang 'talk nonense' untuk mendapat undi-undi. Tambahan pula, orang tidak gembira kerana PAP tidak bersimpati dengan buah fikiran mereka jadi WP akan lebih bersimpati terhadap buah fikiran orang dan akan bertemu dengan orang lebih.

    ReplyDelete