Monday, April 11, 2011

Latihan Lisan I - Nadiah

1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
Saya rasa para pelaku di dalam gambar ini adalah saudara-mara ataupun kawan rapat kerana mereka nampak rapat bersama. Mereka bersama kerana mereka ingin berkelah dan meluangkan masa bersama. Mereka juga sudah lama tidak bertemu dan ingin bertanya khabar masing-masing dan perkembangan mereka.

2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Di pertengahan gambar, ada tiga lelaki yang sedang memanggang makanan untuk dimakan semasa berkelah. Saya rasa mereka bertanggungjawab dalam hal-hal barbeku. Mereka kelihatan fokus kerana mereka tidak ingin makanan yang dibarbeku mereka hangus. Terdapat juga tiga anak-anak kecil yang sedang membawa pelampung dan menuju ke arah sungai. Saya rasa mereka ingin bermandi-manda di sungai itu. Tidak jauh daripada situ, ada seorang wanita, sedang memerhatikan mereka. Saya rasa wanita itu ibu mereka dan takut jika apa-apa terjadi kepada mereka.

3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Pada pendapat saya, saya rasa aktiviti ini sesuai dilakukan kerana aktiviti ini dapat merapatkan hubungan antara keluarga ataupun kawan. Mereka dapat menghabiskan masa bersama

No comments:

Post a Comment