Monday, January 24, 2011

Tugasan 24 Januari 2011



Kepada para pelajar arif budiman,

Ini adalah tugasan semasa ketiadaan saya di kelas. Sila pastikan kamu melakukan tugasan ini secara peribadi. Kamu dikehendaki menggunakan font Arial, saiz 12, lat barisan 1.5.


1. Gunakan program Pages untuk tugasan ini - letakkan nama, kelas, tarikh dan topik di atas kertas, sebelah kiri, di bahagian atas dokumen seperti berikut -





Nama : _______________________________ Kelas : _____
Topik : Unit 5 - Pengakuan Imran
Tarikh : 24 Januari 2011.




2. Bagi latihan pemahaman, sila pastikan soalan ditaip dan diikuti dengan nota kecil serta ayat, seperti berikut :

I. Pemahaman


No. 1 Soalan
Jawapan bentuk nota kecil (point form)
Jawapan dalam bentuk ayat.




3. Bagi latihan kosa kata (perkataan & frasa), sila pastikan perkataan tersebut ditaip dan diikuti dengan makna serta ayat, seperti berikut :

II. Kosa Kata

No. 1 dihantui
(A) makna : ___________________________________
(B) ayat : ______________________________________



4. Namakan fail kamu sebagai nama_pengakuan imran.



5. Sila emel tugasan kamu di penghujung kelas. Saya akan semak dan kita akan bincangkan tugasan ini pada kelas seterusnya.



Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

No comments:

Post a Comment