Saturday, January 15, 2011

Minggu 3 - Lisan (Video 1-Pelajar B); Nilai Moral

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah video bagi latihan lisan (1) di dalam kelas.

Soalan Rangsangan :
1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?


Sila berbincang dengan pasangan kamu. Setiap pelajar diperlukan menggunakan 3-5 minit untuk latihan ini.

Selepas latihan lisan ini, kamu dikehendaki membuat catatan berdasarkan
1. Pengalaman mendengar penjelasan kawan ATAU
2. Pengalaman melalui latihan itu.

Tiada had bagi catatan kamu itu. Ia harus dibuat pada waktu kelas.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

7 comments:

  1. 2. Pengalaman melalui latihan itu.

    Ia amat sukar untuk menjelaskan tentang apa yang sedang berlaku di dalam video itu kerana walaupun ia mudah difahami, tetapi apabila hendak menghantar pelajarannya dalam perkataan, perkataannya sukar untuk dipilih. Untuk membezakan watak-wataknya dengan perkataan deskriptif juga susah kerana perkataannya tidak dapat dijumpai dan banyak perkataan yang di ulangi seperti "lelaki" kerana ada lebih dari satu.

    ReplyDelete
  2. 1) Tidak terlalu pasti atas beberapa perkataan jadi isi tidak begitu banyak.

    2) Isi tidak begitu mencukupi kerana tidak pasti atas beberapa perkataan.

    3) Isi mencukupi.

    Yang diuji: Ilya Haider

    ReplyDelete
  3. Untuk saya, Ia amat sukar untuk memberi diskripti video tetapi tidak beberapa susah bila ditanya mesej yang ingin disampaikan oleh video.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman bersama Iskandar
    Apa yang dijelaskan oleh Iskandar boleh difahami. Walaupun, dia gagap, dia berani dan saya rasa ada banyak lagi yang dia ingin ceritakan. Isinya mencukupi dan dia dapat memberi pendapat yang boleh diterima. Dia mempunyai banyak cabang-cabang isi yang ingin disampaikan. Dengan banyak latihan yang akan datang, saya rasa dia akan lebih yakin untuk menceritakan pendapatnya tentang video ini.

    ReplyDelete
  5. 1. Pengalaman mendengar penjelasan Fatin.
    Isi jawapannya tidak banyak kerana dia tidak pasti apa yang hendak disampaikan oleh video. Dia bertutur dengan lancar tetapi kadang-kala bercakap dalam Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  6. 2. Pengalaman melalui latihan itu.

    Saya berasa agar sukar untuk meluahkan fikiran saya.
    Saya juga tidak pasti apa yang berlaku dalam video tersebut.

    ReplyDelete
  7. Saya tidak hadir pada hari ini.

    ReplyDelete