Contoh 1:
- Membina lif di setiap tingkat di bangunan itu.
Sebab 1:
- Memudahkan mereka yang kurang upaya seperti orang yang berkerusi roda dan orang yang lemah untuk menaiki tangga
- Memudahkan orang yang berkerusi roda kerana mereka tidak akan menyusahkan orang untuk menolong mereka menaiki tangga untuk ke tingkat yang diingininya dan ia akan menjimat masa mereka untuk ke tingkat yang diinginya kerana dengan adanya kemudahan lif.
- Orang tua yang lemah atau mereka yang kurang sihat boleh menaiki lif daripada menaiki tangga.
- Memudahkan pergerakan mereka
- Mencegah daripada mencederakan diri jika mereka tiba-tiba pengsan kerana kurang sihat ataupun terlepas memegang tiang di sebelah tangga itu.
Contoh 2:
- Mengkhaskan tempat letak kereta untuk mereka yang kurang upaya
Sebab 2:
- Dekat dengan pintu masuk bangunan itu
- Lebih mudah untuk pemandu untuk meletak keretanya di situ dan membawa turun orang yang kurang upaya daripada kenderaan itu
- Tidak perlu jalan jauh lebih-lebih lagi jika tiada tempat kosong untuk meletak kereta yang berdekatan
Contoh 3:
- Memasang palang besi di tembok koridor-koridor bangunan itu
Sebab 3:
- Boleh memegang untuk mereka yang lemah ataupun kurang sihat
- Memudahkan orang kurang upaya kerana mereka boleh berpaut kepada palang besi itu
- Mencegah mereka daripada mencederakan diri
- Tidak akan menyusahkah orang lain kerana orang yang kurang upaya akan memegang di palang besi di tepi
- Tidak akan menghalang laluan orang lain jika mereka berjalan lambat
Contoh 4:
- Menyediakan tanjakan ataupun platform
Sebab 4:
- Untuk mereka yang berkerusi roda ataupun mereka yang sudah lanjut usia dan kaki mereka sudah lemah
- Lebih senang bagi mereka untuk ke satu tempat ke satu tempat yang harus menggunakan tangga
- Tidak akan memburukkan lagi kesihatan mereka kerana tidak menggunakan banyak tenaga apabila menaiki tanjakan
- Memudahkan pergerakan dan menjimat masa mereka
No comments:
Post a Comment