Monday, April 11, 2011

Latihan Lisan I - Nur Nadiah

1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
Para pelaku di dalam gambar ini adalah saudara-mara. Mereka bersama kerana ingin menghabiskan masa bersama-sama sebagai keluarga. Dengan ini, mereka dapat menguatkan persaudaraan mereka.

2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Di pertengahan gambar tersebut, terdapat tiga orang lelaki yang sedang memanggang makanan di atas gril. Mereka sedang barbeku. Di hadapan mereka pula, terdapat seorang anak kecil bersama pelampungnya. Mungkin dia hendak bermandi-manda di sungai yang berdekatan. Tidak jauh daripadanya, terdapat dua anak kecil bersama pelampung mereka juga. Mereka kelihatan basah. Mungkin mereka telah bermain air di sungai tersebut. Di hadapan mereka, terdapat seorang wanita yang bertudung. Dia melihat ke arah anak kecil yang menggunakan kemeja berwarna putih. Kemungkinan wanita itu adalah ibu kepada anak kecil itu kerana matanya kelihatan tertumpu kepada anak kecil itu.

3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Pada pendapat saya, aktiviti ini memang sesuai dilakukan kerana mereka menghabiskan masa bersama-sama. Ini dapat mengeratkan hubungan mereka dan mereka boleh menjadi lebih mesra.

1 comment:

  1. 1. Apakah yang menarik tentang dapatan kawan kamu?
    Nur Nadiah memberitahu segala informasi yang boleh dilihat di dalam gambar. Dia menjelaskan segala apa yang dilakukan oleh pelaku di dalam gambar.

    2. Bagaimana dapatan kawan kamu boleh diperbaiki?
    Dia mungkin boleh menghuraikan dengan lebih dan bukan sahaja memberitahu apa yang dilihat olehnya.

    ReplyDelete