Monday, April 11, 2011

Latihan Lisan I - Norul

1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
Para pelaku di dalam gambar ini mungkin mempunyai hubungan keluarga, saudara-mara ataupun kawan, kerana mereka kelihatan mesra bersama. Mereka sedang berbarbeku.

2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Kanak-kanak dalam gambar mempunyai pengapung dan kelihatan basah. Tiga lelaki sedang sibuk berbarbeku. Seorang wanita di belakang pula sedang memerhatikan sesuatu.

3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Ya. Apabila kita menghabiskan masa dan melakukan aktiviti bersama seseorang, ia akan mengeratkan hubungan.

2 comments:

  1. 1. Apakah yang menarik tentang dapatan kawan kamu?
    Dia membalas semua soalan dengan baik dan responsnya baik.

    2. Bagaimana dapatan kawan kamu boleh diperbaiki?
    Dia memberi informasi yang biasa diketahui oleh orang lain. Mungkin, dia boleh memberitahu pendapatnya dan pengalamannya sendiri.

    ReplyDelete
  2. 1. Apakah yang menarik tentang dapatan kawan kamu?
    Bahasa yang digunakan baik.

    2. Bagaimana dapatan kawan kamu boleh diperbaiki?
    Isi yang diberikan memang biasa, jika dia boleh lebih mengembangkan isinya, dapatannya akan menjadi lebih menarik dan isinya cukup.

    ReplyDelete