Wednesday, January 12, 2011

Sesi Bacaan Minggu 2 - Komplot


Para pelajar arif budiman,

Sila baca cerita yang diberi. Cerita ini boleh didapati daripada lelaman NLB. Kamu dikehendaki mengenalpasti beberapa perkara dalam cerpen ini.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Komplot?

2. Siapakah watak-watak yang terdapat dalam cerita ini?

3. Apakah pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini?

4. Apakah perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu?

Sila letakkan catatan kamu dalam di bahagian Comments. Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum hari Isnin, 17 Januari 2011.

Terima kasih.


Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

8 comments:

  1. 1. Komplot bermaksud pakatan.

    2. Watak-watak yang terdapat dalam cerita ini adalah Izzat, Iffan, Zulaikha, Rafiq, Azizul, Kamal, Encik Lokman, Pak Mahat, Pak Uda Halim, Hairuddin, Mak Uda, Puan Laili, Manaf, Pak Mansor, Nenek Su, Pak Ngah Bakar dan Inspektor Bakhtiar.

    3. Pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini adalah kita harus selalu memberanikan diri dan memupuk sikap ingin tahu kerana dengan itu, kita boleh menolong orang lain. Di dalam cerita ini, sifat Iffan, Izzat dan Manaf yang ingin tahu telah menyelamatkan negara mereka daripada menjadi kucar-kacir.

    4. Perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan saya adalah saya harus menyemai sikap ingin tahu dan menjadi lebih berani untuk mencuba perkara yang baru. Saya harus menanya lebih soalan kepada guru jika saya tidak pasti tentang sesuatu topik yang diajarkan. Dengan itu, saya akan sentiasa meningkatkan prestasi saya.

    ReplyDelete
  2. 1) Komplot bermaksud pakatan.

    2) Watak-watak di dalam cerita ini adalah Izzat, Iffan, Zulaikha, Rafiq, Azizul, Kamal, Encik Lokman, Pak Mahat, Pak Uda Halim, Hairuddin, Mak Uda, Puan Laili, Manaf, Pak Mansor, Nenek Su, Oak Ngah Bakar, Inspektor Bakhtiar

    3) Pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini adalah kami harus berani dan juga ada sikap ingin tahu supaya dapat menolong orang lain dan juga mambaiki diri,

    4) Perkara yang boleh diterapkandalam kehidupan saya adalah saya harus menyemai sikap ingin tahu supaya dapat membaiki diri dan juga untuk mencuba perkara yang baru untuk dapat pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan Komplot?

    Komplot bermaksud sesuatu yang disimpan seperti sesuatu rahsia yang tidak diberitahu kepada orang luar.

    2. Siapakah watak-watak yang terdapat dalam cerita ini?

    Izzat dan Iffan, adik-beradik yang watak-watak utama dan juga bapa, Encik Lokman, mereka. Selain itu adalah Pak Mahat yang seseorang yang misteri di atas bukit. Sahabat dan murid-murid, Zuraikha, Rafiq, Azizul dan Kamal.

    Apakah pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini?

    Pengajaran dari cerita ini adalah yang selalu berhidup dalam ketakutan, kerana jika kita keluar dari zon keselesaan kami, tentu ada sesuatu yang berfaedah yang boleh dicapai.

    Apakah perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu?

    Memberanikan diri sendiri supaya boleh menjadi seorang pengetua yang boleh tolong-menolong dan bukan yang selalu di belakang.

    ReplyDelete
  4. 1)Apakah yang dimaksudkan dengan Komplot?
    Komplot adalah rancangan atau pakatan sulit yang bertujuan melakukan kejahatan.

    2)Siapakah watak-watak yang terdapat dalam cerita ini?
    Watak-watak dalam cerita ini ialah Izzat, Iffan, Manaf, Zulaikha, Rafiq, Azizul, Kamal, Encik Lokman, Pak Mahat, Pak Uda Halim, Hairuddin, Mak Uda, Puan Laili, Nenek Su, Pak Ngah Bakar, Inspektor Bakhtiar,

    3)Apakah pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini?
    Pengajaran yang boleh saya raih dari cerita ini ialah ia bagus untuk memupuk sikap keberanian dalam diri untuk menyiasat sesuatu kes tetapi saya harus tahu batasnya kerana ada perkara yang tidak boleh saya selesaikan sendiri memandangkan usia yang masih belum matang. Saya pun selalu harus memberitahu orang tua saya jika ada perkara yang tidak kena. Dalam cerita ini, Izzat, Iffan dan Manaf masih bersekolah tetapi mereka sungguh tidak sabar untuk menyelesaikan kes Pak Mahat yang berbahaya. Mereka tidak memberitahu hal itu kepada ibu bapa mereka. Akhirnya, mereka ditangkap oleh orang suruhan Pak Mahat yang lain.

    4)Apakah perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu?
    Perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan saya ialah saya harus memberanikan diri saya untuk melalui segala cabaran dan supaya orang lain tidak akan pandang rendah pada saya. Saya juga harus memupuk sifat ingin tahu kerana dengan sifat itu, saya akan dapat mempelajari lebih banyak perkara di sekeliling saya.

    ReplyDelete
  5. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Komplot?
    Komplot adalah rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan.

    2. Siapakah watak-watak yang terdapat dalam cerita ini?
    Izzat,Iffan,Zulaikha,Rafiq, Azizul, Kamal, Encik Lokman, Pak Mahat, Pak Uda Halim, Hairuddin, Mak Uda, Puan Laili, Manaf, Pak Mansor, Nenek Su, Pak Ngah Bakar dan Inspektor Bakhtiar.

    3. Apakah pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini?
    Saya boleh pelajari bahawa saya harus berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

    4. Apakah perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu?
    Perkara yang saya boleh terapkan dalam kehidupan saya ialah untuk memberanikan diri saya dan mencuba sesuatu yang baru.

    ReplyDelete
  6. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Komplot?
    Komplot adalah rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan dan sebagainya).

    2. Siapakah watak-watak yang terdapat dalam cerita ini?
    Watak-watak yang terdapat dalam cerita ini adalah Izzat, Iffan, Zulaikha, Rafiq, Azizul, Kamal, Encik Lokman, Pak Mahat, Hairuddin, Pak Uda Halim, Mak Uda, Puan Laili, Manaf, Pak Mansor, Nenek Su, Pak Ngah Bakar dan Inspektor Bakhtiar.

    3. Apakah pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini?
    Pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini adalah kita patut memberanikan diri untuk keluar dari zon keselesaan kita untuk melakukan apa yang betul. Bak kata pepatah, berani kerana benar.

    4. Apakah perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu?
    Perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan saya adalah sikap 'berani kerana benar, takut kerana salah'. Saya patut memupuk sikap berani untuk mempertahankan apa yang saya percayai benar. Saya tidak patut bangga apabila saya melakukan sesuatu yang salah ataupun melanggar etika moral.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. 1) Komplot ialah rancangan untuk melakukan kejahatan.


    2) Watak-watak di dalam cerita ini ialah Izzat, Iffan, Zulaikha, Rafiq, Azizul, Kamal, Encik Lokman, Pak Mahat, Pak Uda Halim, Hairuddin, Mak Uda, Puan Laili, Manaf, Pak Mansor, Nenek Su, Pak Ngah Bakar beserta Inspektor Bakhtiar.


    3) Saya belajar yang kita tidak patut melanggar undang-undang.

    Saya juga pelajari yang tentunya ada orang yang tidak suka dengan kita dan mereka akan selalu kacau dan ejek kita. Jadi, kita tidak patut layan mereka.

    Tambahan pula, saya juga pelajari yang ia bukan salah untuk kita berani apabila melakukan sesuatu yang baik tetapi ia salah untuk bersikap berani apabila melakukan sesuatu salah. Tetapi jangan berani melakukan sesuatu yang salah.


    4) Saya boleh menerapkan beberapa perkara dalam kehidupan saya. Pertama, saya tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia adalah sesuatu yang tidak baik. Kedua, saya tidak patut layan orang yang selalu ejek saya kerana saya boleh dihukum jika kami kaduh. Itu akan menyebabkan lagi perkara buruk untuk berlaku. Akhirnya, saya patut bersikap berani kerana saya percaya apa yang saya lakukan adalah betul tetapi saya tidak boleh bersikap berani apabila saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah.

    ReplyDelete