Monday, January 3, 2011

Minggu pertama! Kenangan 2010



Para pelajar yang arif budiman,


Selamat tahun baru! Semoga tahun ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita semua.

Sila kongsi apakah yang kamu fikirkan apabila melihat gambar-gambar ini semua atau gambar yang tertentu. Catatan kamu bolehlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Kita akan paparkan catatan kamu minggu depan.

Terima kasih.



Salam mesra,
Cikgu Azizah Bte Ahmad

7 comments:

  1. Perasaan bangga kerana boleh mengimbas kembali kepada bagaimana kita bermula, lihatkan langkah-langkah kita pertama ke arah kejayaan.

    ReplyDelete
  2. Apabila lihat gambar ini, saya rasa sangat gembira kerana teringat apa yang kami melakukan pada tahun lepas. Saya juga teringat tentang permulaan tahun lepas dengan pelajaran Melayu.

    ReplyDelete
  3. Tahun lalu berlalu dengan pantas sekali tetapi saya dapat memperolehi banyak pengalaman dan peluang seperti memasuki pertandingan dan menghadiri bengkel.Apabila saya melihat kembali gambar-gambar itu,saya teringat masa kita luangkan dahulu sebagai satu kelas dan perbezaan kami dahulu dan sekarang.

    ReplyDelete
  4. Apabila saya melihat gambar-gambar di atas, saya mengenangkan masa-masa seronok bersama kelas Bahasa Melayu Lanjutan dan ingin kembali ke masa itu.

    ReplyDelete
  5. Apabila saya melihat gambar-gambar tersebut, saya sedar bahawa setahun sudah berlalu. Memori seperti pertandingan terlintas dalam fikiran saya. Saya berasa terharu kerana saya dan kelas saya telah bekerjasama dan berusaha untuk mendapatkan markah yang cemerlang dan juga menghasilkan kerja yang baik. Saya tidak sabar untuk berusaha bersama rakan-rakan saya pada tahun baru ini.

    ReplyDelete
  6. Apabila saya melihat gambar-gambar ini, saya teringat apa yang saya telah buat pada tahun lepas. Semuanya adalah kenangan manis yang saya tidak boleh lupakan. Walaupun ada kenangan pahit juga, saya tahu, saya telah menggunakan tahun 2010 dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Saya berasa seronok kerana pada masa inilah yang saya buat kawan baru. Dan sekarang mereka adalah kawan rapat saya. Saya juga suka masa yang saya meluangkan bersama mereka.

    Hakeem

    ReplyDelete