Saturday, January 15, 2011

Minggu 3 - Lisan (Video 1-Pelajar A); Nilai Moral

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah video bagi latihan lisan (1) di dalam kelas.

Soalan Rangsangan :
1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?


Sila berbincang dengan pasangan kamu. Setiap pelajar diperlukan menggunakan 3-5 minit untuk latihan ini.

Selepas latihan lisan ini, kamu dikehendaki membuat catatan di bahagian Comments, berdasarkan
1. Pengalaman mendengar penjelasan kawan ATAU
2. Pengalaman melalui latihan itu.

Tiada had bagi catatan kamu itu. Ia harus dibuat pada waktu kelas.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

7 comments:

  1. 1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
    Watak utamanya (penyanyi lelaki) sedang dalam keadaan coma yang kritikal dan hampir meninggal dunia tetapi "rohnya" masih terdapat di hospital, mengikut badannya yang tidak bersedar sambil melihat ibunya, sahabatnya dan kekasihnya yang tidak mensia-siakan ketinggalannya.

    2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
    Watak-watak tersebut sedang dalam keadaan yang amat menyedihkan oleh kerana kehilangan seorang yang mereka kenal dengan rapat yang telah menolong and menyayangi mereka selama ini, dan harus menghadap kehilangan ini sebagai suatu fakta yang ternyata.

    3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?
    Kita harus bersyukur dengan apa yang kita sedang ada, dan jangan sia-siakannya, kerana apabila kita sudah tiada, tidak ada bagaimana cara untuk menunjuk kasih kepada mereka.

    ReplyDelete
  2. 1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?

    Video ini diambil di rumah sakit. Penyanyi lagu ini dalam keadaan koma. Orang yang dia sayangi berada di sana kerana dia dalam keadaan kritikal.

    2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?

    Watak-watak tersebut berasa cemas, sedih dan panik.

    3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?

    Pada pendapat saya, video ini ingin sampaikan bahawa kita patut hargai orang yang sayang kita sebelum ia terlambat.

    ReplyDelete
  3. 1) Di dalam video ini, terdapat seseorang daripada keluarga yang di dalam koma. Ahli-ahli Keluarga, Kawan-Kawan dan Kekasihnya datang melihatnya.

    2) Watak-watak dalam video ini mengalami tempoh masa yang emosional akibat ahli keluarga, kawan atau kekasih yang mengalami koma

    3) Video ini ingin menyampaikan konsep menghargai hidup dan juga cinta antara ahli keluraga.

    ReplyDelete
  4. 1)Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
    Dalam video ini, ada seorang lelaki yang sedang dalam keadaan koma kerana dia ditimpa kemalangan. Dalam masa krtitikal seperti ini, rohnya keluar dari badannya lalu memerhatikan keadaan sekelilingnya. Apabila berita diberitahu yang dia dalam keadaan koma, orang terdekat seperti ibu, kekasih dan kawan berasa sungguh sedih. Dia pun teringatkan tentang masa-masa bahagia dia meluangkan masa bersame mereka. Akhirnya, dia pun sedar daripada koma.
    2)Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
    Ada seorang lelaki yang sedang dalam keadaan koma selepas kemalangan. Kekasih, ibu dan kawan-kawannya berasa sedih sehingga ibunya pengsan.
    3)Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?
    Saya rasa video ini ingin menyampaikan bahawa selagi kita masih hidup, kita harus menghargai orang yang kita sayang sebelum ia terlambat. Kita harus menyatakan cinta kita kepada mereka sebelum ia terlambat.

    ReplyDelete
  5. 1) Orang yang dalam koma lihat apakah reaksi rakan dekatnya, ibunya dan matairnya apabila dia dalam koma.

    2) Watak utama sedang melihat berapa sedih watak-watak lain, ibunya sedang menangis, kawan dekat watak itu menolong ibu orang yang dalam koma itu dan matairnya juag sedih dan menangis.

    3) Jangan mengsia-siakan hidup, selalu menghargainya.

    ReplyDelete
  6. 1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
    Video ini menunjukkan suasana di hospital, di mana watak utama berada dalam keadaan koma. Rohnya keluar daripada badannya dan dia nampak orang-orang yang disayanginya bersedih. Dia pun berimbas kembali kepada masa-masa yang dia melalui bersama mereka. Lepas itu, rohnya masuk kembali ke badannya.

    2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
    Watak-watak tersebut mengalami kesedihan kerana seorang yang mereka sayangi dimasukkan hospital. Mereka juga menyesal kerana tidak meluahkan perasaan sayang kepadanya apabila dia masih sedar.

    3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?
    Pada pendapat saya, video ini ingin menyampaikan kepada penonton betapa pentingnya kita harus menghargai kehidupan yang kita telah diberikan dan juga orang yang kita sayangi.

    ReplyDelete
  7. Saya tidak hadir pada hari ini.

    ReplyDelete