Monday, September 5, 2011
Peta minda_2ML_Q5
1)air dicincang tiada putus
2)abang yang berumur 17 tahun
3)adik perempuan yang berumur 14 tahun
3)suka bergaduh tetapi masih rapat
Isi:
1)pagi sebelum kemalangan, abang telah memukul adik kerana dia merosakkan telefon bimbitnya
1)adik berasa sedih dan pergi ke bandar untuk membeli yang baru
-semasa dia ke sana, dia dilanggar oleh kereta
2)hampir-hampir mati
-dalam koma selama seminggu
3)abang duduk di tepi adiknya sehingga dia terbangun dari koma
-berasa salah
(i)jika dia tidak marah, adik tidak akan dilanggar oleh kereta
4)tidak mahu bergaduh lagi
-kemalangan ini telah meneratkan lagi hubungan mereka
Peta Minda_2HML_Q1,3, 4, 5
Pengalaman Pertandingan Sukan Olimpik Belia
Peta minda_2HML_Q1
Peta Minda_ML_Q3,4. 5
Tempat: Angsana
Bila: Hujung Minggu, untuk Hari Raya
Siapa: Keluarga
Apa: Amat membosankan
Q4 - Pakaian Tradisional
Bangsa Melayu
Baik
-Sejarah dan Budaya kita
-Unikan diri kita
Buruk
-Tidak canggih spt baju zaman skrg
-Fesyen zaman skrg lebih disukai
Cadangan:
Dalam masyarakat antarabangsa, pakaian tradisional membezakan kita dari orang lain. (Hari Kebangsaan, Racial Harmony Day)
Q5 - Cerita tentang sayang antara dua beradik yang erat
Konflik:
Peta minda_2ML_Q3
1)Masa?
-Great Singapore Sale
-Pukul 12(panas terik)
(i)apabila masuk pusat beli-belah, berasa sejuk
2)Siapa?
-keluarga
3)Di mana?
-Pusat membeli-belah ION Orchard
4)Menaiki MRT
Isi:
Pergi ke ION Orchard dahulu
-terdekat dengan stesen MRT
-lihat banyak barang yang berjenama seperti Burberry dan Marc Jacobs
-orang yang di situ kebanyakkan orang yang kaya
2)Pergi ke Paragon
-sama seperti ION Orchard
(i)banyak barang berjenama
-bosan kerana tidak membeli apa-apa
akhirnya pergi ke H&M
-butik yang baru dibuka di Singapura
-banyak baju yang cantik
-masih ada bau ‘baru’
-membeli banyak baju untuk sekeluarga
Peta minda_2ML_Q4
1)Memberi makna pakaian tradisional
2)Setuju yang pakaian tradisional tidak digemari oleh remaja sekarang
Isi:
1)remaja hanya menggunakan pakaian tradisional apabila hari raya
-ini hanya di kalangan remaja Melayu
(i)semua ahli keluarga memakai baju kurung yang sama warna
-ramai kawan-kawan Cina saya langsung tidak akan menggunakannya
(i)tidak kisah
2)ia menyusahkan
-untuk budak perempuan, kain yang panjang agak susah untuk jalan
3)ia tidak bergaya
-kawan-kawan akan berkata kamu tidak bergaya dan orang itu akan berasa malu
Tetapi…
4)mungkin ada remaja yang mahu menggunakan pakaian tradisional
-tidak diberi peluang
-takut akan dihina oleh kawan-kawannya
5)susah untuk dibeli
-hanya didapati di Geylang dan Kampung Glam
Walaubagaimanapun...
6)harus membiasakan diri
-jika tidak, pada masa depan, budaya Melayu akan hilang
Sunday, September 4, 2011
Peta minda_2ML_Q1
1)pakaian remaja yang dipengaruhi budaya Barat
2)mengapa ia berlaku dan menekankan kepentingan pakaian tradisional
Isi:
1)banyak cerita di televisyen adalah dari negeri Barat
-remaja akan menonton cerita ini dan akan dipengaruhi
(i)remaja adalah orang yang paling senang dipengaruhi
-sekarang, bukan hanya cerita dari negeri Barat tetapi cerita di seluruh dunia menggunakan budaya barat
(i)lebih remaja akan dipengaruhi
2)banyak kedai-kedai di pusat membeli-belah adalah jenama Barat
-remaja akan berpakaian seperti orang Barat
3)baju tradisional hanya dilihat pada hari raya
-kebanyakkan remaja tidak suka menggunakannya
-rasa pelik untuk menggunakan sebagai baju harian
4)tidak senang untuk membeli baju tradisional
-ia tidak dijual di pusat membeli-belah
-hanya didapati di Geylang atau Kampung Glam
Thursday, September 1, 2011
Peta minda_2HML_Q3
1)cuaca yang panas terik (sebelum 12 petang)
2)atlet membuat senaman yang akan memanaskan badan
-mengelakkan kejang otot
-dengan bersungguh-sungguh
3)gembira walaupun mereka bersaingan
-menunjukkan semangat kesukanan
Isi:
1)muka menjadi serius apabila di garisan permulaan
2)semua atlet akan berlari 1600m
3)bila mula, atlet dari Jamaica mendahului semua para peserta
-mukanya ada senyuman yang panjang lebar dan penyokong Jamaica menjadi ghairah
4)mereka sudah berlari 1200m tetapi yang lain tidak boleh mengejarnya
-atlet Jamaica tidak menunjukkan kepenatan
-yang lain semua kelihatan seperti hendak pengsan
5)walaubagaimanapun, bila tinggal 100m, dia ternampak atlet Jepun terjatuh dan berlari kepadanya
-dia boleh menang tetapi dia menganggap persahabatan lebih penting daripada kemenangan
Penghujung:
1)atlet Jamaica itu lebih dihormati daripada pemenang(USA)
-kepada penonton, dia telah membuat pengorbanan untuk kawannya
(i)tidak kira bangsa ataupun agama
Tuesday, August 30, 2011
Peta minda_2HML_Q4
1) hubungan baik = pertalian yang baik
2) penting antara pelajar dan guru kerana ia akan menjejas prestasi pelajar
Isi (3 baik + 3 buruk)
Cara-Cara yang akan memupuk hubungan yang baik:
1)Sambutan Hari Guru
-menunjukkan bahawa pelajar menghargai guru mereka
2)Sesi perbincangan antara guru dan pelajar
-supaya guru dapat memperbaiki gaya pengajaran
(i) menyebabkan pelajar untuk memahami apa yang diajar
3)Mengucapkan selamat pagi
-hubungan lebih terbuka
-permulaan supaya pelajar dapat meluahkan perasaan mereka
Cara-cara yang tidak akan memupuk hubungan yang baik:
1)Pelajar tidak mahu memberi maklum balas
-menyababkan pelajar untuk lemah dalam subjek tersebut
(i) guru tidak sedar akan keperluan pelajar tersebut
2)Pelajar buat bodoh apabila ada guru
-pelajar tidak akan bertanya guru apabila tidak pasti apa yang diajar
-menyebabkan pelajar untuk gagal apabila peperiksaan
3)Membuat kerja sendiri (tidak mahu dengan kata guru)
-guru pasti tidak suka pelajar tersebut
-tidak akan memberi tumpuan kepada pelajarnya
Pengakhiran
1) akan menjejas masa depan pelajar, bukan gurunya
Monday, August 29, 2011
Peta minda_2HML_Q1
1)apabila di sana, sedar bahawa tidak ada kemudahan untuk kawan yang kurang berupaya
2)harap di masa depan, ada kemudahan untuk mereka
Isi: (1 perenggan = contoh + sebab)
1)Lif
-orang yang menggunakan kerusi roda tidak boleh naik tangga atau tangga bergerak
2)Lantai menaik dan menurun (ramps)
-orang yang menggunakan kerusi roda tidak boleh naik tangga (bila hendak naik ke atas pentas, lif tidak boleh digunakan)
3)Palang besi untuk berpaut dalam tandas(Grab bars)
-lebih senang untuk bergerak
-orang tidak akan mudah jatuh
4)Pintu yang besar
-supaya kerusi roda senang untuk keluar dan masuk ke dalam bangunan tersebut atau bilik-biliknya
Friday, August 26, 2011
Tugasan cuti sekolah September
1. 2HML Kertas 1 dan 2
Kertas 1
- Surat kiriman rasmi (peta minda sahaja)
- Karangan = Buat peta minda untuk semua jenis karangan. Pilih dan buat 2 daripada 3 jenis karangan.
Peta minda harus dihantar melalui blog sebelum 5 September.
Tajuk entri pelajar: Peta minda_2HML_No. soalan
Karangan dan kertas 2 dihantar apabila kembali ke sekolah, pada 12 September. Ia harus diberi pada guru.
2. 2ML Kertas 1 dan 2
Kertas 1
- Surat kiriman rasmi (peta minda sahaja)
- Karangan = Buat peta minda untuk semua jenis karangan. Pilih dan buat 2 daripada 3 jenis karangan.
Peta minda harus dihantar melalui blog sebelum 5 September.
Tajuk entri pelajar: Peta minda_2ML_No. soalan
Karangan dan kertas 2 dihantar apabila kembali ke sekolah, pada 12 September. Ia harus diberi pada guru.
Jumlah tugasan:
Peta minda x8
Karangan x4
Kertas 2 x2
Disemak oleh Cg Azizah.Ahmad
Thursday, August 18, 2011
Tugasan untuk 19 Ogos
Maaf atas ketidak hadiran saya. Ini adalah arahan bagi tugasan yang perlu dilaksanakan.
Kelas 2HML – S203 & S204; 8 pg – 9.40 pg
1. Wakil kelas – Nur Nadiah S203. Dapatkan semua bahan-bahan di 'pigeon hole' saya. Kemudian, letakkan letakkan semua kertas-kertas di atas meja saya di bilik guru.
2. Tugasan 1 - Semak kertas jawapan Kefahaman Unit 15. Sila buat pembetulan pada soalan yang tidak dapat markah penuh. Kamu boleh rujuk pada skema jawapan di Goggle Site. Hantar kertas ini pada akhir kelas ini.
3. Tugasan 2 – Dapatkan kertas latihan Imbuhan (2HML & 2ML) daripada wakil kelas. Selesaikan tugasan ini dan hantar pada akhir kelas ini.
Terima kasih kepada semua.
Friday, August 12, 2011
Fail Bahasa Melayu
Tuesday, July 12, 2011
Ujian Kelas Ditunda!
Sila maklum bahawa ujian kelas akan ditunda pada tarikh lain. Kita akan bincangkan tentang penulisan surat kiriman tidak rasmi pada hari Jumaat ini.
Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad
Friday, July 8, 2011
Thursday, July 7, 2011
Acara Bulan Bahasa
Ini adalah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk para pelajar. Acara ini pasti akan memanfaatkan penguasaan Bahasa Melayu kita. Kamu digalakkan untuk menyertai acara-acara berikut jika ada kelapangan.
Acara-acara
1. Memperkaya Bahasa dan Sastera - Sekilas Bersama Rasiah Halil
Tarikh : Sabtu, 16 Julai 2011
Tempat : Balai Rakyat Dover . Blk 1 Dover Road . #01-300 . (130001)
Masa : 11.30 pagi.
Tiada bayaran dikenakan .
2. Bengkel Dikir Barat
Tarikh : Sabtu, 16 Julai 2011
Tempat : Balai Rakyat Dover . Blk 1 Dover Road . #01-300 . (130001)
Masa : 3.00 petang .
Bayaran : $5.00/kumpulan (1 kumpulan- 6 org)
Bengkel Dikir Barat ini akan dikendalikan oleh Cikgu Djohan Abdul Rahman daripada Kumpulan Dikir Barat Andika yang telah memenangi beberapa kejuaraan di pertandingan Dikir Barat . Para peserta bengkel akan didedahkan kepada perkara-perkara asas dalam dikir barat seperti alat-alat yang digunakan, watak-watak dalam dikir barat serta menulis lagu dan
lirik dalam dikir barat. Para peserta juga akan berpeluang menunjukkan bakat diakhir bengkel dengan membuat persembahan. Sijil Penyertaan juga akan diberikan .
Mungkin kita boleh mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bengkel ini dalam membuat persembahan untuk acara sekolah.
3. Gema Puisi
Tarikh : Sabtu, 23 Julai 2011
Tempat : Kelab Masyarakat Telok Blangah , 450 Telok Blangah St 31 (108943)
Masa : 3.00 petang
Tiada bayaran dikenakan .
Persembahan deklamasi serta lagu-lagu puisi daripada para pelajar dan juga penulis-penulis mapan & tempatan .
Penulis mapan yang akan hadir termasuklah Md Khair Md Yassin, Iswardy, Johar Buang dan ramai lagi . Inilah kesempatan untuk para pelajar ini bersua dan berkongsi pengalaman dengan mereka .
Sila nyatakan kesediaan kamu pada acara-acara berikut, tandakan acara (1), (2) dan/atau (3) di ruang 'Comment'. Kamu dikehendaki memberi jawapan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 9 malam.
Kita akan berjumpa di Pusat Pertukaran Bas Bukit Merah atau kamu boleh jumpa kami di tempat acara tersebut. Surat pengesahan ('consent form') akan diberikan pada minggu depan.
Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad
Wednesday, June 15, 2011
Lagenda Alam Melayu - Puteri Bunian & Mahsuri oleh Hakeem
Ringkasan
Pelajaran
Pelajaran
Saya belajar yang kami tidak boleh percaya apa orang lain cakap tanpa memastikan jika ia betul atau salah.
- Abu
- Ibu saya
- http://www.budiey.com/drama-lagenda-puteri-bunian/ (Informasi)
- http://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Bunian (Informasi)
- http://farm3.static.flickr.com/2655/3950730820_ef52edb392_o.jpg (Gambar Pertama)
- http://farm3.static.flickr.com/2450/3950795278_e95bca8448.jpg (Gambar Kedua)
Mahsuri
- Abu
- Ibu saya
- http://en.wikipedia.org/wiki/Mahsuri (Informasi)
- http://www.langkawi-beaches.com/image-files/trip-langkawi-63.jpg (Gambar Pertama)
- http://media-cdn.tripadvisor.com/media/photo-s/01/05/d7/ca/mahsuri-tomb-1.jpg (Gambar Kedua)
Friday, June 10, 2011
Lagenda Alam Melayu - Naga Tasik Cini & Batu Belah Batu Bertangkup oleh Norul
A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
Tasik Chini adalah sebuah tasik di Pahang Tengah, Malaysia. Menurut lagenda orang asli suku Jakun yang mendiami pinggiran tasik tersebut, tasik itu didiami satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum. Ceritanya adalah pada suatu masa dahulu, beberapa orang asli telah berjumpa seorang perempuan tua sedang mereka memproses tanah. Perempuan tua itu mengatakan bahawa tanah tersebut adalah miliknya, lalu dia menanamkan tongkatnya dalam tanah untuk mempertahankan hak dan menyuruh mereka untuk jangan mengeluarkannya. Satu hari kemudian, seorang orang asli terkeluarkan tongkat tersebut, dan air mula mengalir keluar dan mengisi daerah tersebut. Naga Seri Gumum lalu dijadikan untuk menjaga daerah tersebut.
B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
Satu pengajaran yang saya memperolehi adalah jangan mengambil hak orang tanpa izin. Satu lagi pengajaran yang saya perolehi adalah selalu mengikut kata orang tua.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
The myth of tasik chini. (2002, April 15). http://www.journeymalaysia.com/ML_chini3.htm
Gambar: http://bit.ly/mN91fp
Batu Belah Batu Bertangkup
A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
Pada waktu dahulu, terdapat sebuah gua ajaib yang boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup. Di sebuah kampung berdekatan dengan gua ini, tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyiik bersedih kerana baru kehilangan suami. Suatu hari, dia teringin makan telur ikan tembakul. Dia menyuruh Melur menggoreng telur ikan dan meninggalkannya sedikit untuknya sambil dia ke hutan sementara. Apabila dia pulang, telur ikan semua dimakan anak-anaknya. Dia merajuk, lalu masuk ke gua tersebut.
B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
Satu pengajaran yang saya perolehi adalah jangan terlalu bersedih apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku. Pengajaran kedua yang saya perolehi adalah jangan cepat merajuk.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
http://sambas05.blogspot.com/2009/06/batu-belah-batu-betangkup.html
http://aceflashman.files.wordpress.com/2009/11/the-entrance-as-seen-from-inside.jpg
Friday, June 3, 2011
'Lagenda Alam Melayu - Puteri Gunung Ledang oleh Nadiah)'


A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
Legenda yang berasal dari Melaka ini menceritakan tentang seorang gadis, bernama Puteri Majapahit yang sungguh cantik. Untuk berjumpa dengan lelaki idamannya yang sangat dirindui, beliau bersama pengiringnya menempuh lautan yang luas untuk ke Melaka. Beliau berharap bahawa beliau boleh berjumpa dengan Laksamana Hang Tuah, seorang pahlawan negeri itu. Namun, Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah jatuh cinta kepada beliau kerana kecantikannya. Takut dijumpai, Puteri dan pengiringnya menaiki ke puncak gunung ledang itu lalu menyembunyikan diri. Puteri itu dijumpai oleh pesuruh Sultan lalu disuruh meminang. Puteri itu tetap inginkan Hang Tuah dan sanggup menunggunya. Hang Tuah melarikan diri daripada Melaka kerana berasa malu apabila mendapat tahu bahawa Puteri tidak setuju dengan perminangan itu. Puteri kemudian memberi 7 permintaan yang ganjil untuk menguji cinta Sultan itu, termasuk semangkuk darah putera Sultan. Akhirnya, Sultan tidak dapat berkahwin dengan Puteri kerana tidak sanggup membunuh anaknya.
B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
1) Pertama, satu pengajaran yang boleh dipelajari ialah jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti dimiliki. Ia akan mendatangkan kerugian kepada seseorang jika dia terlalu berharap akan sesuatu perkara. Sebagai contoh, dalam legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan itu terlalu mengharapkan bahawa beliau dapat berkahwin dengan Puteri itu lalu merancang untuk meminang Puteri itu. Akhirnya, Sultan itu mendapat kerugian dan tidak mengkahwini Puteri itu kerana tidak menepati janji untuk memberi semangkuk darah putera Sultan.
2) Pengajaran kedua yang boleh dipelajari ialah kita tidak harus mudah putus asa dan terus berjuang dalam hidup. Puteri Majapahit tidak putus asa dah terus mencari Hang Tuah kerana cintanya yang amat besar untuk Hang Tuah. Beliau sanggup menunggu Hang Tuah walaupun Hang Tuah tidak tahu siapa beliau.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
1) Bahan bacaan
Judul: Legenda Puteri Gunung Ledang
Penulis: Amril Shah
2) Temuramah dengan saudara
Pak Pandir & Mak Andeh oleh Iskandar Dzulkarnain
Pak Pandir, dengan Pandir yang bermakna “bodoh atau toloh”, adalah seseorang yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Biasanya, cerita-ceritanya amat lucu, dan menimpa dirinya dan keluarganya, yang termasuk isterinya yang harus menahan segala bendulnya, Mak Andeh. Dalam hidup Pak Pandir yang tersangatlah bodoh serta dungunya, beberapa perkara aneh yang berlaku. Daripadanya, adalah apabila Mak Andeh menyuruhnya memancing ikan dengan menggunakan belalang rusa sebagai umpan, Pak Pandir menggunakan rusa besar yang bertanduk pula.
Apa yang kita boleh pelajari dari cerita ini ialah pertama, jangan mempunyai sifat lurus bendul, kerana ia akan menderhakakan orang-orang yang mengelilingi kita, dan kedua, jika tidak mencukupi ilmu, perkara-perkara dalam hidup tidak dapat dicapaikan.
Bahan Rujukan:
http://farm3.static.flickr.com/2234/1656268620_b59fb973b7.jpg (Gambar Pertama)
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pandir (Definasi Pandir)
http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/pak_pandir.html (Cerita-Cerita Pak Pandir & Mak Andeh)
Thursday, June 2, 2011
Lagenda Alam Melayu - Bawang Putih dan Bawang Merah/Nenek Kebayan oleh Ilya Haider


Bawang Putih dan Bawang Merah
Lagenda Alam Melayu - Badang oleh Nur Nadiah
Badang adalah seorang pemuda miskin yang berasal dari Sungai Singapura. Dia adalah seorang yang lemah dan kurus, tetapi berangan untuk menjadi kuat. Setiap hari, dia akan menyiapkan jala ikan di sungai untuk menangkap ikan. Pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa ikannya telah dimakan. Dengan perasaan marah, dia bertekad untuk menangkap orang yang telah makan ikannya. Akhirnya, dia mendapati bahawa jin aneh yang telah makan ikannya. Dia terus berdepan dengan jin tersebut untuk memarahinya. Jin tersebut berasa takut dengan Badang dan merayu kepadanya untuk biarkan dia pergi. Badang setuju untuk biarkan jin itu pergi dengan satu syarat. Jin tersebut harus membuat Badang lelaki yang terkuat. Jin itu pula memberitahu Badang bahawa dia harus makan muntahnya jika dia ingin menjadi kuat. Tanpa berlengah-lengah, Badang makan muntah jin tersebut dan akhirnya menjadi kuat.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
Monday, May 30, 2011
Lagenda Alam Melayu - Pahlawan Melayu oleh Fatin Zafirah


A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
5 orang Pahlawan Melayu adalah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir. Mereka adalah kawan baik. Mereka bukan orang Melayu tetapi Cina Islam. Mereka belajar silat daripada Aria Putera kerana mereka diserang oleh lanun-lanun dan mahu menjaga keselamatan mereka. Ilmu mereka dalam silat telah membolehkan mereka untuk memberi perlindungan kepada Sultan Melaka dan keluarga Parameswara. Pada suatu hari, ada seseorang yang mengamuk dan Bendahara harus diselamatkan. Merekalah adalah orang-orang yang menyelamatkan Bendahara. Selepas itu, Sultan Melaka telah menjadikan mereka putera-putera raja selepas dia diberitahu bahawa mereka yang menyelamatkan Bendahara . Sultan telah memberi mereka gelaran ‘Hang’.
B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
Saya telah pelajari bahawa jika kamu menolong orang, kamu pasti akan mendapat ganjaran walaupun kecil atau besar. Ia pasti akan berlaku, walaupun lambat atau cepat. Selain itu, orang juga akan menghormati kamu. Sebagai contoh, 5 orang Pahlawan Melayu telah melawan pengamuk yang menggangu Bendahara. Oleh kerana mereka telah menyelamatkannya, Sultan Melaka telah menjadikan mereka putera-putera raja.
Pelajaran kedua ialah kita patut belajar untuk melindungi diri sendiri. Bendahara beruntung kerana 5 kawan ini dapat menyelamatkan dia. Tanpa mereka, pasti Bendahara akan diserang atau lebih serius, mati. Oleh kerana itu, kita tidak boleh selalu bergantung kepada orang lain untuk apa-apa sahaja.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
Zakaria, S.Z. Pahlawan hang tuah. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Arowana Sdn Bhd.
Monday, May 16, 2011
Mini Performance Task - Tugasan Individu
Ini adalah arahan untuk tugasan bulan Jun. Ia adalah tugasan individu. Tugasan ini harus diselesaikan dan dihantar pada hari Jumaat, 3 Jun 2011 pada pukul 9 malam. Tugasan yang dihantar lambat akan dipotong markah - sila emel pada guru jika sudah memuat naik bahan ke dalam blog Melayu. Guru akan memaklumkan melalui emel.
Bahan-bahan yang akan dikongsi akan digunakan dalam 'Performance Task' pada bulan Julai nanti. Markah akan diberikan pada tugasan individu ini. Ia akan dimasukkan ke dalam 'Performance Task' kamu. Oleh itu, sila pastikan kamu memasukkan maklumat-maklumat yang terperinci dan menyeluruh.
1. Sila buat kajian tentang Lagenda dalam alam Melayu. Ini tugasan bagi setiap individu.
Nadiah - Puteri Gunung Ledang
Nur Nadiah - Badang
Iskandar - Pak Pandir & Mak Andeh
Norul - Naga Tasik Cini & Batu Belah Batu Bertangkup
Fatin - Pahlawan Melayu = Hang Tuah, Hang Jebat & rakan-rakan pahlawan (5 sekawan)
Ilya - Nenek Kebayan & Bawang Putih & Bawang Merah
Hakeem - Puteri Bunian & Mahsuri
2. Bahan rujukan - buku, petikan akhbar, sumber internet mengenai lagenda yang kamu selidiki. Kamu juga boleh bertanya pada ahli keluarga tentang cerita-cerita tersebut.
3. Maklumat yang diperlukan :
A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
4. Letakkan dalam 'Subject Blog'
- Entri baru 'Lagenda Alam Melayu - ________(nama lagenda tersebut) oleh _______ (nama kamu)'
- Masukkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan
- letakkan gambar-gambar yang sesuai (dalam dua atau tiga gambar)
5. Rubrik Pemarkahan (Markah Penuh : 20 markah)

Selamat Berusaha. Terima kasih.
Salam sayang,
Cikgu Azizah. Ahmad
Thursday, April 28, 2011
Pilihanraya 2011 - pengalaman saya

Para pelajar arif budiman,
Pada hujung minggu ini, bahang pilihanraya semakin terasa. Ada baiknya kita menggunakan peluang ini untuk mengalami apa yang katakan pilihanraya. Ada tugasan yang perlu dilakukan. Sila luangkan masa untuk mengikuti acara-acara pilihanraya bagi mana-mana parti yang kamu inginkan.
Tugasan A
1. Kamu boleh menghadiri 'rally' secara fizikal. Bagi tugasan ini, sila pastikan kamu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa kamu.
ATAU
2. Kamu boleh melungsuri lelaman internet untuk mengikuti apa yang dibincangkan dalam sesi 'rally' yang diadakan.
Tugasan B
1. Berikan komen-komen kamu pada soalan-soalan ini.
Soalan 1 : Apakah yang kamu lihat dalam acara 'rally' tersebut?
Soalan 2 : Apakah reaksi para penonton pada ketika itu?
Soalan 3 : Apakah yang kamu rasa apabila mengikuti 'rally' tersebut?
Soalan 4 : Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti?
2. Letakkan komen-komen kamu di ruang 'Comment' di bawah entri. Kamu diberikan hingga Khamis, 5 Mei 2011.
Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad
Monday, April 11, 2011
Latihan Lisan I - Nadiah
Saya rasa para pelaku di dalam gambar ini adalah saudara-mara ataupun kawan rapat kerana mereka nampak rapat bersama. Mereka bersama kerana mereka ingin berkelah dan meluangkan masa bersama. Mereka juga sudah lama tidak bertemu dan ingin bertanya khabar masing-masing dan perkembangan mereka.
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Di pertengahan gambar, ada tiga lelaki yang sedang memanggang makanan untuk dimakan semasa berkelah. Saya rasa mereka bertanggungjawab dalam hal-hal barbeku. Mereka kelihatan fokus kerana mereka tidak ingin makanan yang dibarbeku mereka hangus. Terdapat juga tiga anak-anak kecil yang sedang membawa pelampung dan menuju ke arah sungai. Saya rasa mereka ingin bermandi-manda di sungai itu. Tidak jauh daripada situ, ada seorang wanita, sedang memerhatikan mereka. Saya rasa wanita itu ibu mereka dan takut jika apa-apa terjadi kepada mereka.
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Pada pendapat saya, saya rasa aktiviti ini sesuai dilakukan kerana aktiviti ini dapat merapatkan hubungan antara keluarga ataupun kawan. Mereka dapat menghabiskan masa bersama
Latihan Lisa I - Fatin
Para pelaku di dalam gambar ini adalah keluarga. Mungkin mereka bersama kerana mahu meluangkan masa bersama orang yang mereka sayang. Mereka kelihatan mesra, oleh itu, mereka mungkin sedang ada parti sendirian.
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Ada 3 orang lelaki yang sedang panggang dan budak-budak sedang bermain air.
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Pada pendapat saya , aktiviti ini sesuai kerana ini menunjukkan hubungan yang positif antara ahli keluarga.
Latihan Lisan I - Iskandar B Dzulkarnain
1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
Ini kelihatan sebagai pertemuan antara beberapa keluarga yang bersama. Kemungkinan
Ada sesuatu kesempatan yang besar seperti hari jadi seseorang, atau akitiviti perkhemahan yang biasa sahaja. Di sini juga terdapat lebih ramai kanak-kanak dari dewasa yang boleh mengatakan yang ini adalah lawatan sekolah.
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Kanak-kanaknya ada yang sedang bermain di sungai di tepi, tetapi kebanyakannya sedang berdekatan, mungkin berehat atau sudah penat main, dengan dewasa-dewasa yang sedang barbeku makanan untuk dimakan. Seseorang wanita juga sedang melihatkan kanak-kanak itu, menjaga mereka.
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan?
Mungkin tidak kerana kanak-kanaknya tidak begitu dijaga oleh sesiapa selain satu wanita itu yang boleh menjadikannya dalam keadaan yang membahayakan kerana mereka boleh hilang di dalam hutan ini, ataupun mencederakan diri mereka sendiri tanapa sesiapa tahu.
Latihan Lisan I - Norul
Para pelaku di dalam gambar ini mungkin mempunyai hubungan keluarga, saudara-mara ataupun kawan, kerana mereka kelihatan mesra bersama. Mereka sedang berbarbeku.
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Kanak-kanak dalam gambar mempunyai pengapung dan kelihatan basah. Tiga lelaki sedang sibuk berbarbeku. Seorang wanita di belakang pula sedang memerhatikan sesuatu.
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Ya. Apabila kita menghabiskan masa dan melakukan aktiviti bersama seseorang, ia akan mengeratkan hubungan.
Latihan Lisan I - Nur Nadiah
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Latihan Lisan I

Para pelajar arif budiman,
Sila lihat gambar di bawah ini. Kemudian, berikan dapatan kamu berdasarkan soalan-soalan yang diberikan.
1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, masukkan dapatan kamu di dalam entri ini. Letakkan tajuk : Latihan Lisan I - Nama Kamu.
Setelah itu, kamu perlu membaca dapatan kawan kamu. Sila komen entri setiap kawan kamu. Berikan komen seperti ini....
1. Apakah yang menarik tentang dapatan kawan kamu?
2. Bagaimana dapatan kawan kamu boleh diperbaiki?
Tugasan ini harus dilakukan dan diselesaikan pada hari ini, sebelum 3 petang. Terima kasih.
Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

































